Current Affairs
PAP dan Melayu Singapura: Antara Retorik, Kenyataan dan Meritokrasi
The following is the Malay version of the article “The PAP and the Malay Singaporean: Between rhetoric, reality and meritocracy” by Pritam Singh.
PAP dan Melayu Singapura: Antara Retorik, Kenyataan dan Meritokrasi
Pritam Singh
Boleh didapati sedikit peralihan dalam cara Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengendalikan komunikasi awam yang melibatkan kemasukan warga asing ke Singapura. Dalam amanat Hari Kebangsaan 2010 beliau yang diedarkan kepada media massa pada 8 Ogos 2010, PM Lee Hsien Loong mengakui “kebimbangan rakyat Singapura” mengenai dasar pemerintah yang meluangkan pintu terbuka terhadap warga asing. Beliau lantas menyatakan:
“Kita akan mengawal kemasukan warga asing, untuk memastikan bahawa ia tidak terlalu pesat dan tidak terlalu ramai. Kita akan membenarkan masuk hanya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada Singapura, dan kita akan berusaha dengan lebih gigih untuk menyatupadukan para pendatang ini dengan masyarakat kita. Dan kita akan memberi isyarat yang jelas bahawa warga Singapura tetap didahulukan. Lagipun, kita lakukan ini semua untuk rakyat Singapura.” (Official translation.)
Walaupun pengakuan beliau mengenai pendapat dan maklum balas daripada rakyat Singapura atas dasar warga asing ini amat dialu-alukan, Perdana Menteri tidak cukup menjelaskan kepada rakyat Singapura tentang kesan sosial dasar bakat asing (FT) ini buat jangka masa sedang hingga panjang, dan juga tindakan apa yang akan diambil untuk mengatasi perubahan-perubahan yang akan timbul. Bagi sesetengah masyarakat di Singapura, realiti asas dari dasar FT ini mungkin lebih berupa “tektonik” dari apa yang Perdana Menteri telah menyarankan. Bagi masyarakat Melayu khususnya, perubahan-perubahan ini kemungkinan benar-benar lebih mendalam.
Masalah kadar kesuburan menyeluruh (TFR) dan masyarakat Melayu
Memang sudah diketahui merata-rata bahawa kadar kelahiran masyarakat India dan Cina di Singapura lebih rendah daripada kadar yang diperlukan untuk menggantikan generasi sebelumnya (kadar penggantian penduduk telah ditetapkan pada 2.1, iaitu, setiap pasangan harus mempunyai sekurang-kurangnya dua anak). Menurut statistik pemerintah, kadar kesuburan meyeluruh (TFR) bagi masyarakat Cina di Singapura pada tahun 2009 adalah 1.08, sedangkan bagi masyarakat India lebih baik sedikit pada kadar 1.14.
Menurut data dari Jabatan Statistik, TFR bagi masyarakat Melayu adalah 2.54 pada tahun 2000, menjunam kepada 2.07 pada tahun 2005 (iaitu di bawah kadar penggantian) dan terus jatuh ke bawah kepada 1.94 pada tahun 2007, dan mencatatkan TFR 1.91 pada 2008 dan akhir sekali TFR 1.82 pada tahun 2009.
Menurut dokumen pemerintah yang dikeluarkan pada Jun 2010 bertajuk “Population in Brief 2010” yang dikeluarkan secara kolektif oleh lima agensi pemerintah (Sekretariat Penduduk Kebangsaan, Jabatan Statistik Singapura, Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan) dibandingkan dengan semua bangsa di Singapura, TFR bagi masyarakat Melayu “menunjukkan penurunan yang paling ketara semasa dekad lalu”.
Salah satu pendekatan asas dasar bakat asing (FT) PAP ialah untuk bergantung kepada pendatang Cina dan India untuk mencukupkan kadar kelahiran yang begitu rendah masyarakat Cina dan India tempatan. Satu lagi tindak-tanduk dasar tersebut menyeru supaya lebih ramai pendatang Cina dan India bagi menambahkan saiz penduduk Singapura.
Mengimbas kembali, membuka pintu untuk pendatang Cina dan India hanya apabila masalah TFR Cina dan India tempatan menjadi runcing, tidak menunjukkan kebijaksanaan dasar PAP. Dalam pada itu, ketidakbahagiaan di antara masyarakat India dan Cina tempatan terhadap kedatangan secara tiba-tiba ramainya pendatang India dan Cina tanpa mengira impak sebenar kesatuan nasional, sosial dan masyarakat sendiri, telah pun diketengahkan di parlimen yang didominasikan oleh PAP (82 daripada 84 kerusi ) jauh sebelum amanat hari kebangsaan 2010 PM Lee yang telah memberikan jaminan untuk “mengawal kemasukan” warga asing.
Dengan kadar TFR masyarakat Melayu di bawah tahap penggantian penduduk semenjak tahun 2005 dan terus merosot, adalah baik jika PAP dapat memulakan dengan secepat mungkin proses membawa masuk pendatang Melayu ke Singapura semoga dapat menambahkan pendududuk Melayu ke paras penggantian penduduk, daripada menunggu sehingga masalah tersebut menjadi genting, satu kesilapan pemerintah PAP terhadap masyarakat India dan Cina. Tindakan sebegini untuk memperkenalkan jumlah pendatang Melayu yang dapat dikendalikan akan dapat mengurangkan masalah yang mungkin timbul di antara penduduk Melayu Singapura dan pendatang Melayu.
Dengan pendekatan kedua dasar FT PAP untuk menggalakkan lebih banyak imigrasi ke Singapura demi menambahkan saiz penduduk negara, soalan genting bagi masyarakat Melayu berkaitan dengan jumlah pendatang Melayu yang telah diberikan status warga negara Singapura. Demi kepentingan harmoni antara kaum dan dalam masyarakat sendiri, persoalan ini tidak harus diremehtemehkan.
Dari segi peratusan demografi, rangka bagi masyarakat Melayu telah jatuh dari angka tradisi 15% kepada sekitar 13% dewasa ini atau mungkin lebih rendah (angka terbaru tidak dinyatakan di dalam dokumen “Population in Brief 2010” yang telah dibicarakan di atas). Hal ini tidak menghairankan kerana kadar TFR masyarakat Melayu telah merosot secara berterusan dari 2.69 pada tahun 1990. Pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu perlu bertanya tentang kesan menyeluruh dasar FT PAP sebelum masalah kemerosotan rangka ini melahirkan perasaan tidak aman dan terus merosakan fabrik sosial Singapura kerana kerosotan demografik masyarakat Melayu.
Dilema Sekuriti Melayu PAP
Pengaruh tektonik kedua dasar FT terhadap masyarakat Melayu boleh didapati dalam pandangan sebelum kemerdekaan – di mana ia beroperasi tanpa disedari dengan tidak banyak campur-tangan pihak PAP – melihat dunia melalui kaca-mata kaum.
Tiga anekdot berasingan akan membingkai bahagian ini. Pertama, semenjak kemerdekaan, hubungan antara Singapura dan Malaysia sering menyalakan nasib kaum minoriti Melayu dan Cina dalam negara masing-masing. Ahli sejarah tradisional seringkali memperlihatkan rusuhan kaum tahun 1964 di Singapura sebagai perkara terakhir yang mendorong Singapura, melalui Goh Keng Swee, untuk meminta meninggalkan Persekutuan Malaysia.
Perbalahan kedua adalah dilema air Singapura, di mana Singapura harus bergantung kepada perjanjian-perjanjian penjajah yang ditandatangani sebelum kemerdekaan dengan negeri Johor untuk menambat bekalan air segarnya.
Ketiga, pada tahun 1990-an, Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew mempersoalkan kebijaksanaan meletakkan seorang komander Melayu Singapura sebagai ketua unit mesingan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) – suatu metafora yang boleh digunakan untuk menganjurkan mengapa semua orang Melayu harus dikecualikan daripada jawatan tentera tertentu, dan mungkin juga penjelasan mudah kenapa tampak kurangnya Melayu memegang jawatan dalam SAF dan dalam perkhidmatan awam yang berteraskan meritokrasi.
Empat puluh lima tahun selepas kemerdekaan Singapura, boleh dikatakan bahawa hubungan antara Malaysia dan Singapura telah berpusing secara asasi di bawah pemerintahan Badawi dan Najib. Hubungan induk Hong Kong-Shenzhen sebagai model antara Singapura dan Johor (Malaysia) melalui Iskandar Malaysia telah diperdebatkan, di samping perbicaraan tentang perjalanan tanpa pasport dan juga meluaskan trak SMRT dari Singapura ke Johor. Minat pihak korporat, dengan sebeberapa yang berkaitan dengan agensi pemerintah di dua-dua belah koswe telah pun berazam untuk meletakkan pelaburan di Johor. Selain itu, dari Mac tahun ini, pemerintah PAP telah membenarkan rakyat Singapura untuk menggunakan simpanan Medisave mereka untuk rawatan di rumah sakit Malaysia bukan sahaja di Johor tetapi juga di Melaka, satu langkah yang mungkin merupakan bayangan paling konkrit menandakan sebuah fasa baru bukan hanya keramahan, tapi hubungan saling bersambung antara Singapura dan Malaysia.
Pergantungan Singapura terhadap air baku dari Johor, sering dilihat oleh strategi ketenteraan di seluruh dunia sebagai salah satu sebab permusuhan ketenteraan antara mana-mana dua negara, juga terus berkurangan. Singapura telah mengumumkan bahawa ia tidak akan membaharui Perjanjian Air 2011 dengan Malaysia, langkah yang boleh jadi dek strategi pelbagaian Singapura melalui NEWater, desalinasi dan lebih banyak daerah untuk menangkap air hujan.
Dilema sekuriti PAP yang berpenjangan di mana seorang askar Melayu Singapura dengan ikatan keluarga di Malaysia mungkin akan berasa ragu-ragu untuk menembak sesama Melayu di Malaysia pada masa perang, adalah satu andaian yang kurang meyenangkan penulis ini. Walau tampak betul, andaian tersebut tidak mengetengahkan kemungkinan dilema yang sama boleh dihadapi seorang Cina Singapura dengan ikatan keluarga di Malaysia bertentangan seorang Cina Malaysia, begitu juga permasalahan bagi askar India Singapura.
Apapun, perbincangan tentang konflik antara kedua-dua negara jiran itu semakin jauh dewasa ini dek usaha masyarakat perniagaan di kedua-dua belah koswe terutama sekali semenjak dari awal dekad ini. Dengan pelaburan Singapura di Malaysia yang signifikan, dan dengan beroperasinya syarikat pembangunan bersama, MS Pte Ltd – yang ditubuhkan untuk membangunkan tanah kereta api Malaysia di Singapura, kedua-dua negara mempunyai begitu banyak modal ekonomi dan sumber daya berkaitan di mana tidak lagi masuk akal untuk kembali melihat hubungan Singapura dan Malaysia dalam naratif tradisi dan juga mempersoalkan naratif ketenteraan antara kedua-dua negara itu. Mana-mana langkah seperti itu harus mendapati impak jangka jauh meskipun positif bagi masyarakat Melayu di Singapura. Imej Melayu Singapura yang berpegang mesingan tapi kesetiannya berbelah-bagi semakin tidak relevan terutama sekali kerana bertambahnya modal ekonomi yang dilabuhkan oleh rakyat Singapura di Malaysia dan oleh rakyat Malaysia di Singapura. Sebalik nota di atas, dasar FT telah secara ironis menempatkan isu dilema keselamatan PAP terhadap Melayu ke depan.
Demi pembangunan bangsa dan kesatuan masyarakat, tiada realiti yang lebih tidakadil daripada seorang pendatang baru dari warisan bukan-Melayu, menggantikan seorang warga Melayu Singapura atas dasar “keselamatan” dalam hal jawatan samada dalam perkhidmatan tentera atau perkhidmatan awam. Salah satu kesan yang lebih positif dari dasar FT dalam fikiran penulis ini adalah memaksa semua rakyat Singapura untuk menghargai percanggahan dalam pembangunan negara seperti ditulis di atas. Dalam masa imigrasi di Singapura kini, dialektik bangsa dan kesetiaan lagi kurang masuk akal, terutamanya kerana landasan dari setiap dasar imigrasi adalah terhadap negara bukan terhadap kaum.
Sebalik semua yang telah dikata, jika PAP menunda sehingga generasi akan datang persoalan impak dari dasar FT terhadap masyarakat Melayu, penulis ini yakin bahawa masalah tersebut akan menjadi lebih susah untuk diselesaikan, sambil mengorbankan kompak antara kaum.
Meritokrasi PAP dan Masyarakat Melayu
Akhir sekali, kubu ideologi bagi cerita sukses Singapura – meritokrasi – dianggapkan sebagai barometer utama kesetaraan di Singapura. Walaupun tidak ada yang meragukan prinsip-prinsip teori di mana meritokrasi diteraskan, kesannya dalam dunia praktikal bagi masyarakat Melayu adalah bercampur dengan kemungkinan yang ia menguntungkan segelintir minoriti Melayu, tidak mengira apa yang dikatakan oleh bekas Menteri Hal Ehwal Melayu/Islam Singapura Sidek Saniff yang dilaporkan di Straits Times pada 4 Jun 2010 (“Mengambil jalan yang sukar berbaloi”):
“Meritokrasi telah mempercepatkan rasa keyakinan diri dan perlakuan tidak beza-beza terhadap rakyat Melayu Singapura, yang merasa mereka tidak dicela dan boleh bersaing di peringkat yang sama.”
Walaupun bekas menteri itu telah mengetengahkan dengan jelas tujuan aspirasi meritokrasi bagi orang Melayu (atau memang warga Singapura dari kaum apapun) di Singapura, prestasi pendidikan masyarakat Melayu berbanding masyarakat lain dan juga realiti sebenarnya meninggalkan sebuah jurang yang tidak dapat dijelaskan secara memadai atau diketengahkan oleh komitmen PAP buat meritokrasi.
Berkait dengan ulang tahun ke 25 Mendaki (badan bantu-diri Melayu yang berfokus pada pendidikan khususnya), PM Lee meminta laporan menyeluruh untuk menjejak seberapa jauh masyarakat Melayu telah maju sejak pembentukan Mendaki pada tahun 1982. Laporan itu, pada amnya, menunjukkan kemajuan yang baik oleh masyarakat Melayu, suatu prestasi yang berbicara baik tentang semua wakil masyarakat Melayu, tidak kira dari sekutu politik apapun, yang berusaha untuk memperbaiki nasib masyarakat Melayu dari 1982. Namun, sebagaimana terungkap dalam laporan itu, kemajuan masyarakat Melayu tetap lemah berbanding kemajuan masyarakat Cina dan India sepanjang pelbagai penunjuk yang sama, dan dalam beberapa kes, benar-benar begitu.
Secara berasingan, dalam satu soalan yang diajukan kepada Menteri Pendidikan di parlimen awal tahun ini, Encik Zaqy Mohamed, PAP MP untuk Hong Kah bertanya “apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu pelajar-pelajar Melayu maju pada tahap yang sama, jika tidak lebih baik, berbanding dengan rakan-rakan mereka dari kaum lain? ” Jawapan menteri berupa satu jawapan yang berbentuk standard tanpa adanya dasar yang khusus.
“Sekolah-sekolah akan melakukan bahagian mereka bagi membantu pelajar-pelajar lemah untuk memperbaiki diri. Tapi MOE juga bekerja bersama dengan kumpulan-kumpulan masyarakat seperti Mendaki, kumpulan sokongan ibubapa dan kumpulan-kumpulan VWO lain untuk memberikan sokongan tambahan untuk para pelajar. Ibubapa dan keluarga, dari semua bangsa, boleh menyokong pelajar dengan memastikan bahawa mereka menghadiri sekolah secara tetap, memberi semangat kepada mereka untuk bekerja keras, dan mengamalkan tabiat-tabiat baik seperti membaca. Masyarakat dan badan-badan bantu diri juga boleh membantu keluarga-keluarga mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan kewangan, pekerjaan dan perhubungan, dalam rangka mencipta persekitaran rumah yang lebing memberi sokongan. ”
Untuk bersikap adil terhadap pemerintah, penyelesaian bantu-diri komuniti telah membantu memperbaikkan status quo masyarakat Melayu dalam beberapa cara. Tapi apa saja mesej meritokrasi dan persaingan yang saksama secara automatik akan meletakkan Melayu di dalam posisi lebih rendah terutama kerana pendapatan mereka lebih rendah secara relatif dan kurangnya akses kepada peluang, yang merupakan fungsi dari posisi mereka di dalam masyarakat yang lebih rendah. Secara ringkas, dalam konteks apapun, meritokrasi tidak bererti setiap seorang itu bermula perlumbaan di garis mula. Banyak di antara saudara-saudari Melayu kita harus berhadapan dengan perjuangan sosio-ekonomi yang lain sebelum mereka dapat masuk ke dalam perlumbaan itu, dan bila mereka berada dalam perlumbaan itu, terus menghadapi lerengan dari permulaan sekali.
Dalam sebuah komentar yang ditulis Lendra Putera Nurezki, “Academic dilema of the Malay Community Revisited”, untuk Pusat Penyelidikan Islam dan Hal Melayu (RIMA), telah ditunjukkan “kemajuan kecil” yang telah didapati dalam hal prestasi akademik pelajar Melayu selama 10 tahun terakhir. Beliau menyarankan bahawa masalah pendidikan dan masyarakat Muslim harus diangkat ke “tahap nasional” supaya “memacu usaha bersepadu … dan menghasilkan penyelesaian produktif”.
Sudah jelas bahawa idea-idea baru diperlukan untuk membantu masyarakat Melayu – idea yang tidak akan mengurangkan rasa hormat diri mereka atau yang menunjukkan bahawa Melayu memerlukan tongkat penopang untuk berjaya di Singapura.
Satu penyelesaian dalam dunia pendidikan mengajukan penubuhan suatu usaha peringkat nasional yang bertujuan untuk menyokong tujuan meritokrasi disebalik ketidaksetaraan yang meningkat di Singapura. Penyelesaian tersebut berpegang kepada pembentukan sebuah badan bebas yang dibiayai pemerintah yang beroperasi bersama-sama badan-badan bantu-diri tetapi tidak tertakluk kepada kaum. Bergantung kepada fokusnya, badan seperti itu boleh melihat isu-isu dalam hal kemiskinan, pendidikan dan lain-lain lagi dari perspektif nasional, dan secara berasingan, mendapat biayaaan (sebanyak 10 peratus atau sebanyak mana yang pemerintah mengagihkan dari GDP untuk pendidikan) dari labah diperolehi oleh divestasi yang berjaya dibuat oleh Temasek Holdings dan Government of Singapore Investment Corporation. Dalam hal pendidikan misalnya, ia boleh menawarkan kelas-kelas atau program-program pendidikan khusus pada kos-rendah hanya untuk pelajar-pelajar yang terus lemah di sekolah, lengkap dengan guru-guru yang terlatih khusus untuk membantu pelajar seperti yang itu yang sering kali berasal dari latar belakang yang miskin. Dan oleh kerana program nasional itu tidak berasaskan kaum, terdapatnya lebih ramai bangsa Melayu atau bangsa lain misalnya adalah secara kebetulan, terutama sekali kerana tujuan program tersebut adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat yang lebih egalitarian dan inklusif.
Dalam sebuah tesis MA yang diserahkan kepada Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Kebangsaan Singapura pada tahun 2006, Hafsah Binte Mohammad Kassim, berpendapat bahawa kelas-kelas tuisyen sahaja tidak merupakan ubat mujarab yang akan menyelesaikan masalah prestasi pelajar-pelajar Melayu di sekolah. Secara signifikan, beliau menimbulkan isu “educationalism” dalam masyarakat Melayu, dan menganjurkan bahawa sudah waktunya untuk pemimpin-pemimpin Melayu/Islam “untuk melihat luar dari bidang pelajaran bagi merumuskan pembaharuan di kalangan komuniti Melayu/Islam”. Tambahan pula, Hafsah menanyakan korelasi yang belum diterokai antara peningkatan prestasi di sekolah dan peningkatan prospek pekerjaan orang Melayu sambil berpendapat bahawa ia adalah “naif untuk percaya bahawa semua masalah dan cabaran yang dihadapi komuniti itu akan terus hilang dengan melalui ubat mujarab pendidikan.” Setiap usaha nasional yang digariskan di perenggan-perenggan di atas harus mempertimbangkan amaran Hafsah dan cuba mencari penyelesaian yang holistik dan bukan sekeping demi sekeping.
Pandangan Hafsah merupakan tempat baik bagi menamatkan artikel ini yang telah cuba untuk menentukan isu-isu utama yang seharusnya berada di dalam pemikiran masyarakat Melayu di Singapura hari ini. Soalan lama mengenai kesetiaan dan komitmen orang Melayu terhadap Singapura telah sering kali didapati di dalam dilema security PAP dan Melayu seperti yang sudah diserlahkan oleh penulis ini. Namun demikian, hasil dari tinjauan pendapat yang dilakukan baru-baru ini oleh Institute of Policy Studies dari Lee Kuan Yew School of Public Policy, ramai di antara rakyat Singapura berasa terkejut untuk mendapati bahawa orang Melayu mengatasi semua kumpulan etnik (Cina, Melayu, India, Lain-lain) dalam “Kesediaan mereka untuk berkorban” untuk Singapura. Dengan kesan dasar FT dan hubungan semakin baik antara Malaysia dan Singapura, orang Melayu Singapura mendapati diri mereka berada di persimpangan kritikal – yang seharusnya dimanfaatkan oleh pemerintah hari untuk lebih mengintegrasikan masyarakat Melayu dalam kompak sosial Singapura. Hasil dari apapun dasar seperti itu akan mengganti rugi peningkatan ketidaksetaraan dalam masyarakat Singapura, menguatkan fungsi meritokrasi sebagai sebuah ideologi kebangsaan dan memberi makna sebenar kepada sebuah Singapura yang lebih inklusif.
————–
Pritam Singh adalah pengasas OpinionAsia (www.opinionasia.com <http://www.opinionasia.com/> ). Sekarang ini, beliau adalah calon Juris Doctor di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan seorang ahli Parti Pekerja. Artikel ini hasil dari pandangan beliau sendiri.
Current Affairs
Chee Soon Juan questions Shanmugam’s $88 million property sale amid silence from Mainstream Media
Dr Chee Soon Juan of the SDP raised concerns about the S$88 million sale of Mr K Shanmugam’s Good Class Bungalow at Astrid Hill, questioning transparency and the lack of mainstream media coverage. He called for clarity on the buyer, valuation, and potential conflicts of interest.
On Sunday (22 Sep), Dr Chee Soon Juan, Secretary General of the Singapore Democratic Party (SDP), issued a public statement on Facebook, expressing concerns regarding the sale of Minister for Home Affairs and Law, Mr K Shanmugam’s Good Class Bungalow (GCB) at Astrid Hill.
Dr Chee questioned the transparency of the S$88 million transaction and the absence of mainstream media coverage despite widespread discussion online.
According to multiple reports cited by Dr Chee, Mr Shanmugam’s property was transferred in August 2023 to UBS Trustees (Singapore) Pte Ltd, which holds the property in trust under the Jasmine Villa Settlement.
Dr Chee’s statement focused on two primary concerns: the lack of response from Mr Shanmugam regarding the transaction and the silence of major media outlets, including Singapore Press Holdings and Mediacorp.
He argued that, given the ongoing public discourse and the relevance of property prices in Singapore, the sale of a high-value asset by a public official warranted further scrutiny.
In his Facebook post, Dr Chee posed several questions directed at Mr Shanmugam and the government:
- Who purchased the property, and is the buyer a Singaporean citizen?
- Who owns Jasmine Villa Settlement?
- Were former Prime Minister Lee Hsien Loong and current Prime Minister Lawrence Wong informed of the transaction, and what were their responses?
- How was it ensured that the funds were not linked to money laundering?
- How was the property’s valuation determined, and by whom?
The Astrid Hill property, originally purchased by Mr Shanmugam in 2003 for S$7.95 million, saw a significant increase in value, aligning with the high-end status of District 10, where it is located. The 3,170.7 square-meter property was sold for S$88 million in August 2023.
Dr Chee highlighted that, despite Mr Shanmugam’s detailed responses regarding the Ridout Road property, no such transparency had been offered in relation to the Astrid Hill sale.
He argued that the lack of mainstream media coverage was particularly concerning, as public interest in the sale is high. Dr Chee emphasized that property prices and housing affordability are critical issues in Singapore, and transparency from public officials is essential to maintain trust.
Dr Chee emphasized that the Ministerial Code of Conduct unambiguously states: “A Minister must scrupulously avoid any actual or apparent conflict of interest between his office and his private financial interests.”
He concluded his statement by reiterating the need for Mr Shanmugam to address the questions raised, as the matter involves not only the Minister himself but also the integrity of the government and its responsibility to the public.
The supposed sale of Mr Shamugam’s Astrid Hill property took place just a month after Mr Shanmugam spoke in Parliament over his rental of a state-owned bungalow at Ridout Road via a ministerial statement addressing potential conflicts of interest.
At that time, Mr Shanmugam explained that his decision to sell his home was due to concerns about over-investment in a single asset, noting that his financial planning prompted him to sell the property and move into rental accommodation.
Mr Shanmugam is said to have recused himself from the decision-making process, and a subsequent investigation by the Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB) found no wrongdoing while Senior Minister Teo Chee Hean confirmed in Parliament that Mr Shanmugam had removed himself from any decisions involving the property.
As of now, Mr Shanmugam has not commented publicly on the sale of his Astrid Hill property.
Comments
Redditors question support for PAP over perceived arrogance and authoritarian attitude
Despite Senior Minister Lee Hsien Loong’s warning that slimmer electoral margins would limit the government’s political space “to do the right things”, many Redditors questioned their support for the ruling PAP, criticising its perceived arrogance. They argued that SM Lee’s remarks show the party has ‘lost its ways’ and acts as if it alone can determine what is right. Others noted that the PAP’s supermajority allows for the passage of unfavourable policies without adequate scrutiny.
In a recent speech, Senior Minister Lee Hsien Loong warned that “if electoral margins get slimmer, the government will have less political space to do the right things.”
Mr Lee, who served as Prime Minister for 20 years, highlighted the risks associated with increasingly competitive politics.
“It will become harder to disregard short-term considerations in decision-making. The political dynamics will become very different,” he stated during his speech at the Annual Public Service Leadership Ceremony 2024 on 17 September.
“Singaporeans must understand the dangers this creates, and so must the public service,” SM Lee stressed.
SM Lee pointed out that Singapore faces formidable internal and external challenges in the years ahead, with rising expectations and demands from citizens.
As growth becomes harder to achieve and politics becomes more fiercely contested, he warned, “Things can go wrong for Singapore too.”
He urged vigilance in preparing for an uncertain future, noting, “As the world changes, and as the generations change, we must do our best to renew our system – to ensure that it continues to work well for us, even as things change.”
Critique of PAP’s Arrogance and Disconnect from Singaporeans
The People’s Action Party (PAP) experienced a notable decline in its vote share during the 2020 General Election, securing 61.24% of the votes and winning 83 out of 93 seats, a drop from 69.9% in 2015.
A significant loss was in Sengkang GRC, where the PAP team, led by former Minister Ng Chee Meng, was defeated by the Workers’ Party (WP).
In discussions on Reddit, some users questioned why they should support the ruling PAP, criticising the party’s perceived arrogance.
They pointed out that SM Lee’s recent remarks illustrate that the party has strayed from effectively serving Singaporeans and seems to believe it has the sole authority to decide what is right.
Others highlighted that the PAP’s super-majority in Parliament enables the passage of unfavourable policies without sufficient scrutiny.
One comment acknowledged that while many older Singaporeans remain loyal to the PAP due to its past achievements, younger generations feel the party has failed to deliver similar results.
There is significant frustration that essentials like housing and the cost of living have become less affordable compared to previous generations.
The comment emphasised the importance of the 2011 election results, which they believe compelled the PAP to reassess its policies, especially concerning foreign labor and job security.
He suggested that to retain voter support, the PAP must continue to ensure a good material standard of living.
“Then, I ask you, vote PAP for what? They deserve to lose a supermajority. Or else why would they continue to deliver the same promises they delivered to our parents? What else would get a bunch of clueless bureaucrats to recognise their problems?”
Emphasising Government Accountability to the Public
Another Redditor argued that it is the government’s responsibility to be accountable to the people.
He further challenged SM Lee’s assertion about having less political space to do the right things, questioning his authority to define what is “right” for Singapore.
The comment criticised initiatives like the Founder’s Memorial and the NS Square, suggesting they may serve to boost the egos of a few rather than benefit the broader population. The Redditor also questioned the justification for GST hikes amid rising living costs.
“Policies should always be enacted to the benefit of the people, and it should always be the people who decide what is the best course of action for our country. No one should decide that other than us.”
The comment called for an end to narratives that present the PAP as the only party capable of rescuing Singapore from crises, stating that the country has moved past the existential challenges of its founding era and that innovative ideas can come from beyond a single political party.
Another comment echoed this sentiment, noting that by stating this, SM Lee seemingly expects Singaporeans to accept the PAP’s assumption that they—and by extension, the government and public service—will generally do the “right things.”
“What is conveniently overlooked is that the point of having elections is to have us examine for ourselves if we accept that very premise, and vote accordingly.”
A comment further argued that simply losing a supermajority does not equate to a lack of political space for the government to make the right decisions.
The Redditor express frustration with SM Lee’s rhetoric, suggesting that he is manipulating public perception to justify arbitrary changes to the constitution.
Concerns Over PAP’s Supermajority in Parliament
Another comment pointed out that the PAP’s supermajority in Parliament enables the passage of questionable and controversial policies, bypassing robust debate and discussion.
The comment highlighted the contentious constitutional amendments made in late 2016, which reserved the elected presidency for candidates from a specific racial group if no president from that group had served in the previous five terms.
A comment highlighted the contrast: in the past, the PAP enjoyed a wide electoral margin because citizens believed they governed effectively. Now, the PAP claims that without a substantial electoral margin, they cannot govern well.
-
Comments7 days ago
Christopher Tan criticizes mrt breakdown following decade-long renewal program
-
Comments3 days ago
Netizens question Ho Ching’s praise for Chee Hong Tat’s return from overseas trip for EWL disruption
-
Crime2 weeks ago
Leaders of Japanese syndicate accused of laundering S$628.7M lived in Singapore
-
Current Affairs2 weeks ago
Chee Soon Juan questions Shanmugam’s $88 million property sale amid silence from Mainstream Media
-
Singapore7 days ago
SMRT updates on restoration progress for East-West Line; Power rail completion expected today
-
Singapore7 days ago
Chee Hong Tat: SMRT to replace 30+ rail segments on damaged EWL track with no clear timeline for completion
-
Singapore5 days ago
Train services between Jurong East and Buona Vista to remain disrupted until 1 Oct due to new cracks on East-West Line
-
Singapore4 days ago
Lee Hsien Yang pays S$619,335 to Ministers Shanmugam and Balakrishnan in defamation suit to protect family home