The following is the Malay version of the article “The PAP and the Malay Singaporean: Between rhetoric, reality and meritocracy” by Pritam Singh.
PAP dan Melayu Singapura: Antara Retorik, Kenyataan dan Meritokrasi

Pritam Singh

Boleh didapati sedikit peralihan dalam cara Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengendalikan komunikasi awam yang melibatkan kemasukan warga asing ke Singapura. Dalam amanat Hari Kebangsaan 2010 beliau yang diedarkan kepada media massa pada 8 Ogos 2010, PM Lee Hsien Loong mengakui “kebimbangan rakyat Singapura” mengenai dasar pemerintah yang meluangkan pintu terbuka terhadap warga asing. Beliau lantas menyatakan:

“Kita akan mengawal kemasukan warga asing, untuk memastikan bahawa ia tidak terlalu pesat dan tidak terlalu ramai. Kita akan membenarkan masuk hanya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada Singapura, dan kita akan berusaha dengan lebih gigih untuk menyatupadukan para pendatang ini dengan masyarakat kita.  Dan kita akan memberi isyarat yang jelas bahawa warga Singapura tetap didahulukan.  Lagipun, kita lakukan ini semua untuk rakyat Singapura.” (Official translation.)

Walaupun pengakuan beliau mengenai pendapat dan maklum balas daripada rakyat Singapura atas dasar warga asing ini amat dialu-alukan, Perdana Menteri tidak cukup menjelaskan kepada rakyat Singapura tentang kesan sosial dasar bakat asing (FT) ini buat jangka masa sedang hingga panjang, dan juga tindakan apa yang akan diambil untuk mengatasi perubahan-perubahan yang akan timbul. Bagi sesetengah masyarakat di Singapura, realiti asas dari dasar FT ini mungkin lebih berupa “tektonik” dari apa yang Perdana Menteri telah menyarankan. Bagi masyarakat Melayu khususnya, perubahan-perubahan ini kemungkinan benar-benar lebih mendalam.

Masalah kadar kesuburan menyeluruh (TFR) dan masyarakat Melayu

Memang sudah diketahui merata-rata bahawa kadar kelahiran masyarakat India dan Cina di Singapura lebih rendah daripada kadar yang diperlukan untuk menggantikan generasi sebelumnya (kadar penggantian penduduk telah ditetapkan pada 2.1, iaitu, setiap pasangan harus mempunyai sekurang-kurangnya dua anak). Menurut statistik pemerintah, kadar kesuburan meyeluruh (TFR) bagi masyarakat Cina di Singapura pada tahun 2009 adalah 1.08, sedangkan bagi masyarakat India lebih baik sedikit pada kadar 1.14.

Menurut data dari Jabatan Statistik, TFR bagi masyarakat Melayu adalah 2.54 pada tahun 2000, menjunam kepada 2.07 pada tahun 2005 (iaitu di bawah kadar penggantian) dan terus jatuh ke bawah kepada 1.94 pada tahun 2007, dan mencatatkan TFR 1.91 pada 2008 dan akhir sekali TFR 1.82 pada tahun 2009.

Menurut dokumen pemerintah yang dikeluarkan pada Jun 2010 bertajuk “Population in Brief  2010” yang dikeluarkan secara kolektif oleh lima agensi pemerintah (Sekretariat Penduduk Kebangsaan, Jabatan Statistik Singapura, Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan) dibandingkan dengan semua bangsa di Singapura, TFR bagi masyarakat Melayu “menunjukkan penurunan yang paling ketara semasa dekad lalu”.

Salah satu pendekatan asas dasar bakat asing (FT) PAP ialah untuk bergantung kepada pendatang Cina dan India untuk mencukupkan kadar kelahiran yang begitu rendah masyarakat Cina dan India tempatan. Satu lagi tindak-tanduk dasar tersebut menyeru supaya lebih ramai pendatang Cina dan India bagi menambahkan saiz penduduk Singapura.
Mengimbas kembali, membuka pintu untuk pendatang Cina dan India hanya apabila masalah TFR Cina dan India tempatan menjadi runcing, tidak menunjukkan kebijaksanaan dasar PAP. Dalam pada itu, ketidakbahagiaan di antara masyarakat India dan Cina tempatan terhadap kedatangan secara tiba-tiba ramainya pendatang India dan Cina tanpa mengira impak sebenar kesatuan nasional, sosial dan masyarakat sendiri, telah pun diketengahkan di parlimen yang didominasikan oleh PAP (82 daripada 84 kerusi ) jauh sebelum amanat hari kebangsaan 2010 PM Lee yang telah memberikan jaminan untuk “mengawal kemasukan” warga asing.

Dengan kadar TFR masyarakat Melayu di bawah tahap penggantian penduduk semenjak tahun 2005 dan terus merosot, adalah baik jika PAP dapat memulakan dengan secepat mungkin proses membawa masuk pendatang Melayu ke Singapura semoga dapat menambahkan pendududuk Melayu ke paras penggantian penduduk, daripada menunggu sehingga masalah tersebut menjadi genting, satu kesilapan pemerintah PAP terhadap masyarakat India dan Cina. Tindakan sebegini untuk memperkenalkan jumlah pendatang Melayu yang dapat dikendalikan akan dapat mengurangkan masalah yang mungkin timbul di antara penduduk Melayu Singapura dan pendatang Melayu.

Dengan pendekatan kedua dasar FT PAP untuk menggalakkan lebih banyak imigrasi ke Singapura demi menambahkan saiz penduduk negara, soalan genting bagi masyarakat Melayu berkaitan dengan jumlah pendatang Melayu yang telah diberikan status warga negara Singapura. Demi kepentingan harmoni antara kaum dan dalam masyarakat sendiri, persoalan ini tidak harus diremehtemehkan.

Dari segi peratusan demografi, rangka bagi masyarakat Melayu telah jatuh dari angka tradisi 15% kepada sekitar 13% dewasa ini atau mungkin lebih rendah (angka terbaru tidak dinyatakan di dalam  dokumen “Population in Brief 2010” yang telah dibicarakan di atas). Hal ini tidak menghairankan kerana kadar TFR masyarakat Melayu telah merosot secara berterusan dari 2.69 pada tahun 1990. Pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu perlu bertanya tentang kesan menyeluruh dasar FT PAP sebelum masalah kemerosotan rangka  ini melahirkan perasaan tidak aman dan terus merosakan fabrik sosial Singapura kerana kerosotan demografik masyarakat Melayu.

Dilema Sekuriti Melayu PAP

Pengaruh tektonik kedua dasar FT terhadap masyarakat Melayu boleh didapati dalam pandangan sebelum kemerdekaan – di mana ia beroperasi tanpa disedari dengan tidak banyak campur-tangan pihak PAP – melihat dunia melalui kaca-mata kaum.

Tiga anekdot berasingan akan membingkai bahagian ini. Pertama, semenjak kemerdekaan, hubungan antara Singapura dan Malaysia sering menyalakan nasib kaum minoriti Melayu dan Cina dalam negara masing-masing. Ahli sejarah tradisional seringkali memperlihatkan rusuhan kaum tahun 1964 di Singapura sebagai perkara terakhir yang mendorong Singapura, melalui Goh Keng Swee, untuk meminta meninggalkan Persekutuan Malaysia.

Perbalahan kedua adalah dilema air Singapura, di mana Singapura harus bergantung kepada perjanjian-perjanjian penjajah yang ditandatangani sebelum kemerdekaan dengan negeri Johor untuk menambat bekalan air segarnya.

Ketiga, pada tahun 1990-an, Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew mempersoalkan kebijaksanaan meletakkan seorang komander Melayu Singapura sebagai ketua unit mesingan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) – suatu metafora yang boleh digunakan untuk menganjurkan mengapa semua orang Melayu harus dikecualikan daripada jawatan tentera tertentu, dan mungkin juga penjelasan mudah kenapa tampak kurangnya Melayu memegang jawatan dalam SAF dan dalam perkhidmatan awam yang berteraskan meritokrasi.

Empat puluh lima tahun selepas kemerdekaan Singapura, boleh dikatakan bahawa hubungan antara Malaysia dan Singapura telah berpusing secara asasi di bawah pemerintahan Badawi dan Najib. Hubungan induk Hong Kong-Shenzhen sebagai model antara Singapura dan Johor (Malaysia) melalui Iskandar Malaysia telah diperdebatkan, di samping perbicaraan tentang perjalanan tanpa pasport dan juga meluaskan trak SMRT dari Singapura ke Johor. Minat pihak korporat, dengan sebeberapa yang berkaitan dengan agensi pemerintah di dua-dua belah koswe telah pun berazam untuk meletakkan pelaburan di Johor. Selain itu, dari Mac tahun ini, pemerintah PAP telah membenarkan rakyat Singapura untuk menggunakan simpanan Medisave mereka untuk rawatan di rumah sakit Malaysia bukan sahaja di Johor tetapi juga di Melaka, satu langkah yang mungkin merupakan bayangan paling konkrit menandakan sebuah fasa baru bukan hanya keramahan, tapi hubungan saling bersambung antara Singapura dan Malaysia.

Pergantungan Singapura terhadap air baku dari Johor, sering dilihat oleh strategi ketenteraan di seluruh dunia sebagai salah satu sebab permusuhan ketenteraan antara mana-mana dua negara, juga terus berkurangan. Singapura telah mengumumkan bahawa ia tidak akan membaharui Perjanjian Air 2011 dengan Malaysia, langkah yang boleh jadi dek strategi pelbagaian Singapura melalui NEWater, desalinasi dan lebih banyak daerah untuk menangkap air hujan.
Dilema sekuriti PAP yang berpenjangan di mana seorang askar Melayu Singapura dengan ikatan keluarga di Malaysia mungkin akan berasa ragu-ragu untuk menembak sesama Melayu di Malaysia pada masa perang, adalah satu andaian yang kurang meyenangkan penulis ini. Walau tampak betul, andaian tersebut tidak mengetengahkan kemungkinan dilema yang sama boleh dihadapi seorang Cina Singapura dengan ikatan keluarga di Malaysia bertentangan seorang Cina Malaysia, begitu juga permasalahan bagi askar India Singapura.

Apapun, perbincangan tentang konflik antara kedua-dua negara jiran itu semakin jauh dewasa ini dek usaha masyarakat perniagaan di kedua-dua belah koswe terutama sekali semenjak dari awal dekad ini. Dengan pelaburan Singapura di Malaysia yang signifikan, dan dengan beroperasinya syarikat pembangunan bersama, MS Pte Ltd – yang ditubuhkan untuk membangunkan tanah kereta api Malaysia di Singapura, kedua-dua negara mempunyai begitu banyak modal ekonomi dan sumber daya berkaitan di mana tidak lagi masuk akal untuk kembali melihat hubungan Singapura dan Malaysia dalam naratif tradisi dan juga mempersoalkan naratif ketenteraan antara kedua-dua negara itu. Mana-mana langkah seperti itu harus mendapati impak jangka jauh meskipun positif bagi masyarakat Melayu di Singapura. Imej Melayu Singapura yang berpegang mesingan tapi kesetiannya berbelah-bagi semakin tidak relevan terutama sekali kerana bertambahnya modal ekonomi yang dilabuhkan oleh rakyat Singapura di Malaysia dan oleh rakyat Malaysia di Singapura. Sebalik nota di atas, dasar FT telah secara ironis menempatkan isu dilema keselamatan PAP terhadap Melayu ke depan.

Demi pembangunan bangsa dan kesatuan masyarakat, tiada realiti yang lebih tidakadil daripada seorang pendatang baru dari warisan bukan-Melayu, menggantikan seorang warga Melayu Singapura atas dasar “keselamatan” dalam hal jawatan samada dalam perkhidmatan tentera atau perkhidmatan awam. Salah satu kesan yang lebih positif dari dasar FT dalam fikiran penulis ini adalah memaksa semua rakyat Singapura untuk menghargai percanggahan dalam pembangunan negara seperti ditulis di atas. Dalam masa imigrasi di Singapura kini, dialektik bangsa dan kesetiaan lagi kurang masuk akal, terutamanya kerana landasan dari setiap dasar imigrasi adalah terhadap negara bukan terhadap kaum.

Sebalik semua yang telah dikata, jika PAP menunda sehingga generasi akan datang persoalan impak dari dasar FT terhadap masyarakat Melayu, penulis ini yakin bahawa masalah tersebut akan menjadi lebih susah untuk diselesaikan, sambil mengorbankan kompak antara kaum.

Meritokrasi PAP dan Masyarakat Melayu

Akhir sekali, kubu ideologi bagi cerita sukses Singapura – meritokrasi – dianggapkan sebagai barometer utama kesetaraan di Singapura. Walaupun tidak ada yang meragukan prinsip-prinsip teori di mana meritokrasi diteraskan, kesannya dalam dunia praktikal bagi masyarakat Melayu adalah bercampur dengan kemungkinan yang ia menguntungkan segelintir minoriti Melayu, tidak mengira apa yang dikatakan oleh bekas Menteri Hal Ehwal Melayu/Islam Singapura Sidek Saniff  yang dilaporkan di Straits Times pada 4 Jun 2010 (“Mengambil jalan yang sukar berbaloi”):

“Meritokrasi telah mempercepatkan rasa keyakinan diri dan perlakuan tidak beza-beza terhadap rakyat Melayu Singapura, yang merasa mereka tidak dicela dan boleh bersaing di peringkat yang sama.”

Walaupun bekas menteri itu telah mengetengahkan dengan jelas tujuan aspirasi meritokrasi bagi orang Melayu (atau memang warga Singapura dari kaum apapun) di Singapura, prestasi pendidikan masyarakat Melayu berbanding masyarakat lain dan juga realiti sebenarnya meninggalkan sebuah jurang yang tidak dapat dijelaskan secara memadai atau diketengahkan oleh komitmen PAP buat meritokrasi.

Berkait dengan ulang tahun ke 25 Mendaki (badan bantu-diri Melayu yang berfokus pada pendidikan khususnya), PM Lee meminta laporan menyeluruh untuk menjejak seberapa jauh masyarakat Melayu telah maju sejak pembentukan Mendaki pada tahun 1982. Laporan itu, pada amnya, menunjukkan kemajuan yang baik oleh masyarakat Melayu, suatu prestasi yang berbicara baik tentang semua wakil masyarakat Melayu, tidak kira dari sekutu politik apapun, yang berusaha untuk memperbaiki nasib masyarakat Melayu dari 1982. Namun, sebagaimana terungkap dalam laporan itu, kemajuan masyarakat Melayu tetap lemah berbanding kemajuan masyarakat Cina dan India sepanjang pelbagai penunjuk yang sama, dan dalam beberapa kes, benar-benar begitu.

Secara berasingan, dalam satu soalan yang diajukan kepada Menteri Pendidikan di parlimen awal tahun ini, Encik Zaqy Mohamed, PAP MP untuk Hong Kah bertanya “apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu pelajar-pelajar Melayu maju pada tahap yang sama, jika tidak lebih baik, berbanding dengan rakan-rakan mereka dari kaum lain? ” Jawapan menteri berupa satu jawapan yang berbentuk standard tanpa adanya dasar yang khusus.

“Sekolah-sekolah akan melakukan bahagian mereka bagi membantu pelajar-pelajar lemah untuk memperbaiki diri. Tapi MOE juga bekerja bersama dengan kumpulan-kumpulan masyarakat seperti Mendaki, kumpulan sokongan ibubapa dan kumpulan-kumpulan VWO lain untuk memberikan sokongan tambahan untuk para pelajar. Ibubapa dan keluarga, dari semua bangsa, boleh menyokong pelajar dengan memastikan bahawa mereka menghadiri sekolah secara tetap, memberi semangat kepada mereka untuk bekerja keras, dan mengamalkan tabiat-tabiat baik seperti membaca. Masyarakat dan badan-badan bantu diri juga boleh membantu keluarga-keluarga mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan kewangan, pekerjaan dan perhubungan, dalam rangka mencipta persekitaran rumah yang lebing memberi sokongan. ”

Untuk bersikap adil terhadap pemerintah, penyelesaian bantu-diri komuniti telah membantu memperbaikkan status quo masyarakat Melayu dalam beberapa cara. Tapi apa saja mesej meritokrasi dan persaingan yang saksama secara automatik akan meletakkan Melayu di dalam posisi lebih rendah terutama kerana pendapatan mereka lebih rendah secara relatif dan kurangnya akses kepada peluang, yang merupakan fungsi dari posisi mereka di dalam masyarakat yang lebih rendah. Secara ringkas, dalam konteks apapun, meritokrasi tidak bererti setiap seorang itu bermula perlumbaan di garis mula. Banyak di antara saudara-saudari Melayu kita harus berhadapan dengan perjuangan sosio-ekonomi yang lain sebelum mereka dapat masuk ke dalam perlumbaan itu, dan bila mereka berada dalam perlumbaan itu, terus menghadapi lerengan dari permulaan sekali.

Dalam sebuah komentar yang ditulis Lendra Putera Nurezki, “Academic dilema of the Malay Community Revisited”, untuk Pusat Penyelidikan Islam dan Hal Melayu (RIMA), telah ditunjukkan “kemajuan kecil” yang telah didapati dalam hal prestasi akademik pelajar Melayu selama 10 tahun terakhir. Beliau menyarankan bahawa masalah pendidikan dan masyarakat Muslim harus diangkat ke “tahap nasional” supaya “memacu usaha bersepadu … dan menghasilkan penyelesaian produktif”.

Sudah jelas bahawa idea-idea baru diperlukan untuk membantu masyarakat Melayu – idea yang tidak akan mengurangkan rasa hormat diri mereka atau yang menunjukkan bahawa Melayu memerlukan tongkat penopang untuk berjaya di Singapura.

Satu penyelesaian dalam dunia pendidikan mengajukan penubuhan suatu usaha peringkat nasional yang bertujuan untuk menyokong tujuan meritokrasi disebalik ketidaksetaraan yang meningkat di Singapura. Penyelesaian tersebut berpegang kepada pembentukan sebuah badan bebas yang dibiayai pemerintah yang beroperasi bersama-sama badan-badan bantu-diri tetapi tidak tertakluk kepada kaum. Bergantung kepada fokusnya, badan seperti itu boleh melihat isu-isu dalam hal kemiskinan, pendidikan dan lain-lain lagi dari perspektif nasional, dan secara berasingan, mendapat biayaaan (sebanyak 10 peratus atau sebanyak mana yang pemerintah mengagihkan dari GDP untuk pendidikan) dari labah diperolehi oleh divestasi yang berjaya dibuat oleh Temasek Holdings dan Government of Singapore Investment Corporation. Dalam hal pendidikan misalnya, ia boleh menawarkan kelas-kelas atau program-program pendidikan khusus pada kos-rendah hanya untuk pelajar-pelajar yang terus lemah di sekolah, lengkap dengan guru-guru yang terlatih khusus untuk membantu pelajar seperti yang itu yang sering kali berasal dari latar belakang yang miskin. Dan oleh kerana program nasional itu tidak berasaskan kaum, terdapatnya lebih ramai bangsa Melayu atau bangsa lain misalnya adalah secara kebetulan, terutama sekali kerana tujuan program tersebut adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat yang lebih egalitarian dan inklusif.

Dalam sebuah tesis MA yang diserahkan kepada Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Kebangsaan Singapura pada tahun 2006, Hafsah Binte Mohammad Kassim, berpendapat bahawa kelas-kelas tuisyen sahaja tidak merupakan ubat mujarab yang akan menyelesaikan masalah prestasi pelajar-pelajar Melayu di sekolah. Secara signifikan, beliau menimbulkan isu “educationalism” dalam masyarakat Melayu, dan menganjurkan bahawa sudah waktunya untuk pemimpin-pemimpin Melayu/Islam “untuk melihat luar dari bidang pelajaran bagi merumuskan pembaharuan di kalangan komuniti Melayu/Islam”. Tambahan pula, Hafsah menanyakan korelasi yang belum diterokai antara peningkatan prestasi di sekolah dan peningkatan prospek pekerjaan orang Melayu sambil berpendapat bahawa ia adalah “naif untuk percaya bahawa semua masalah dan cabaran yang dihadapi komuniti itu akan terus hilang dengan melalui ubat mujarab pendidikan.” Setiap usaha nasional yang digariskan di perenggan-perenggan di atas harus mempertimbangkan amaran Hafsah dan cuba mencari penyelesaian yang holistik dan bukan sekeping demi sekeping.

Pandangan Hafsah merupakan tempat baik bagi menamatkan artikel ini yang telah cuba untuk menentukan isu-isu utama yang seharusnya berada di dalam pemikiran masyarakat Melayu di Singapura hari ini. Soalan lama mengenai kesetiaan dan komitmen orang Melayu terhadap Singapura telah sering kali didapati di dalam dilema security PAP dan Melayu seperti yang sudah diserlahkan oleh penulis ini. Namun demikian, hasil dari tinjauan pendapat yang dilakukan baru-baru ini oleh Institute of Policy Studies dari Lee Kuan Yew School of Public Policy, ramai di antara rakyat Singapura berasa terkejut untuk mendapati bahawa orang Melayu mengatasi semua kumpulan etnik (Cina, Melayu, India, Lain-lain) dalam “Kesediaan mereka untuk berkorban” untuk Singapura. Dengan kesan dasar FT dan hubungan semakin baik antara Malaysia dan Singapura, orang Melayu Singapura mendapati diri mereka berada di persimpangan kritikal – yang seharusnya dimanfaatkan oleh pemerintah hari untuk lebih mengintegrasikan masyarakat Melayu dalam kompak sosial Singapura. Hasil dari apapun dasar seperti itu akan mengganti rugi peningkatan ketidaksetaraan dalam masyarakat Singapura, menguatkan fungsi meritokrasi sebagai sebuah ideologi kebangsaan dan memberi makna sebenar kepada sebuah Singapura yang lebih inklusif.

————–

Pritam Singh adalah pengasas OpinionAsia (www.opinionasia.com <http://www.opinionasia.com/> ). Sekarang ini, beliau adalah calon Juris Doctor di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan seorang ahli Parti Pekerja. Artikel ini hasil dari pandangan beliau sendiri.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
You May Also Like

No pressure on "From Singapore, With Love" for Kuantan screening: Malaysia

The Malaysian Home Ministry has denied allegations that it has forced a…

【冠状病毒19】本地新增42确诊 增婚纱店新感染群

根据新加坡卫生部文告,截至本月29日中午12时,本地新增42起冠状病毒19确诊病例,其中24为入境病例,与此同时一家婚纱店成新感染群,涉及三名病患。 与此同时,本地新增一例死亡病例,在本月2日确诊的70岁老翁郑亚烈不幸病逝。我国迄今累计死亡病例三人。 本地累计确诊病例844例,与此同时今日有14人治愈出院,累计治愈出院病例212例。 仍有423确诊病患留院治疗,大多情况稳定或有起色。不过,多达19人病重需待在加护病房。至于206例康复良好、但冠毒测试仍呈阳性反应者,则转到泰和国际医院、伊丽莎白医院以及乐怡度假村隔离设施。 在昨日公布的第745例(36岁女公民)和第802例(28岁女公民),与今日公布的810例(22岁女公民),都和一家婚纱店 (The Wedding Brocade)感染群有关。 入境病例方面,为公民、永久居民和长期准证和工作准证持有者。个别到过美国、马来西亚、印度、菲律宾、土耳其、印度、阿联酋、英国等地。

This Week in Parliament: Columbarium, IP rights, Medishield Life, Alcohol Ban

It’s not often that we see two separate Parliament sittings within a…

为女友讨债、锁链困他人居所 私召车司机认罪入狱六周

不满女友友人欠债一年余未还,男友为女友出面讨债,岂知到友人家中讨债不果,将友人的父亲和女佣锁在单位内将近七小时,因此被判坐牢六周。 30岁的男销售员,被指一年前向一名女性朋友借钱,但是至今未还,且还一直闹失联。女债主屡屡讨债失败后,就向男友,39岁的私召车司机黄世豪诉苦。 被告在听到女友诉苦后一时不忿,决定要为女友讨公道。他买了锁链后,于去年的10月22日凌晨2时许,到销售员位于大巴窑的住家外叫嚣,要求男销售员出面还债。 当时只用一名女佣和销售员的70岁老父在家中,面对被告的催促,女佣就尝试拨电给销售员,但是都无人接听。 被告当时非常不忿,就用锁链将住家大门上锁,并且留言给女佣,若要人开锁,就叫销售员联络他。 控方指出,销售员父亲当时身体不适,需要睡觉,因此在被告离去后就回到房间了,而他平常都是以轮椅代步。而受到惊吓的女佣,当时也无计可施,唯有一直拨电向销售员求助,但是电话始终没人接听。 至到隔日早上7时许,销售员才接听女佣的电话,并在知晓事情后立刻报警。 警方接获投报后,赶到现场将被禁锢将近七小时的两人救出,并且展开行动将被告逮捕。 被告是于今天(23日)早上,在法庭承认一项非法禁锢他人的罪名,被判处六周的监刑。